紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:39:15 PM

关于PMR历史加分folio-adat perkahwinan orang cina的资料

教育局要求form3学生使用国语讲述关于传统婚礼的资料并作成folio,
小璇在这里与大家分享一些小璇在网上找到的资料,
希望能帮到大家...

[ 本帖最后由 紫藤璇 于 18-3-2007 09:43 PM 编辑 ]

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:42:43 PM

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.


Perkahwinan
Masyarakat Cina

http://img293.imageshack.us/img293/6002/cinakawinpn8.th.jpgSeterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:43:58 PM

Perkahwinan Cina

Perkahwinan Cina (pinyin: hūn yīn) secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina.




Jadual isi kandungan
1 Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme
2 Perkahwinan Cina prasejarah
2.1 Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal
2.2 Perkahwinan antara adik-beradik
2.3 Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis
2.4 Perkahwinan sistem saka dan monogami
3 Upacara amal perkahwinan tradisional
4 Proses penceraian tradisional
5 Poligami
5.1 Perkahwinan ganti tikar
5.2 Isteri berbilang dengan status sama
5.3 Sekedudukan
5.4 Poliandri

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:44:21 PM

1 Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme

Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina. Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang juga berkait dengan politik.

[ 本帖最后由 紫藤璇 于 18-3-2007 09:46 PM 编辑 ]

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:45:02 PM

2 Perkahwinan Cina prasejarah

2.1 Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal
Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak berkahwin, tetapi melakukan hubungan seks antara satu sama lain secara sembarangan. Mereka dianggap sebagai menghidup seperti haiwan-haiwan yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi tentang penjodohan dan upacara perkahwinan. Sebahagian daripada "misi peradaban" Konfusianisme adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga dan mengawal tingkah laku seks.

2.2 Perkahwinan antara adik-beradik
Perkahwinan antara adik-beradik, walaupun dilarang dalam kebudayaan Cina, pernah dilaporkan dalam mitologi Cina yang amat awal. Terdapat sebuah cerita tentang perkahwinan antara Nüwa (perempuan) dan Fu Xi (lelaki) yang merupakan adik-beradik. Ketika itu, dunia masih tidak mempunyai banyak penduduk. Adik beradik itu hendak berkahwin tetapi mereka berasa malu. Oleh itu, mereka ke bukit Kunlun Shan dan berdoa kepada Syurga agar memberikan kebenaran untuk mereka berkahwin. Mereka berkata, "Jika Engkau membenarkan kami berkahwin, sila menyelubungi kami dengan kabus. Supaya dapat melindungi rasa malunya, Nüwa dikatakan melitupi merah mukanya dengan sebuah kipas. Pada hari ini di sesetengah desa di China, pengantin-pengantin perempuan masih mengamalkan adat resam yang menyembunyikan muka mereka dengan sebuah kipas.

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:47:42 PM

2.3 Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis

Dalam masyarakat Cina, lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama keluarga yang sama (ini tidak lagi diendahkan pada zaman baru-baru ini ketika jumlah penduduk Cina bertambah sehingga mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama mungkin tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain). Perkahwinan tersebut diperlihatkan sebagai inses dan dianggap akan membawa risiko terhadap kelahiran anak yang cacat. Bagaimanapun, perkahwinan antara seorang anak lelaki dengan saudara-saudara sebelah ibunya tidak diperlihatkan sebagai inses. Klan-klan yang berbeza mungkin mempunyai lebih daripada satu nama keluarga. Dari segi sejarah, terdapat banyak klan yang penting yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China kuno, seperti puak Huang Di yang mempunyai nama keluarga Ji, nama keluarga orang biasa, dan puak Yan Di yang mempunyai nama keluarga Jiang. Oleh sebab perkahwinan dengan saudara-saudara sebelah ibu tidak dianggap sebagai inses, keluarga-keluarga itu kekadang berkahwin antara satu generasi dengan generasi yang lain.

Dengan masa berlalu, perpindahan orang-orang Cina semakin meningkat. Pasangan-pasangan berkahwin dalam apa yang dipanggil perkahwinan luar klan, atau lebih dikenali sebagai perkahwinan antitesis. Ini terjadi pada pertengahan Zaman Batu Baru, iaitu sekitar 5000 SM. Menurut cendekiawan-cendekiawan Cina moden daripada aliran fikiran Marxisme, sistem saka (iaitu sistem kuasa ibu) diamalkan dalam masyarakat ketika itu, dan suami-suami diperlukan tinggal dengan keluarga isterinya. Bagaimanapun, lelaki-lelaki itu masih merupakan ahli keluarga kandung mereka. Apabila suami isteri meninggal dunia, mereka dikebumikan secara berasingan di dalam perkuburan klan masing-masing. Anak-anak dikebumikan dengan ibu mereka.

Perkahwinan antitesis masih berlaku di China moden. Di Yunnan, lelaki dan perempuan dalam kelompok minoriti yang dikenali sebagai Nakhi membentuk pasangan sementara dan mereka menggelar satu sama lain sebagai "Ahchu" dan bukannya "suami dan isteri". "Ahchu" lelaki tinggal dan bekerja di rumah "Ahchu" perempuan

2.4 Perkahwinan sistem saka dan monogami

Dalam perkahwinan sistem saka, seorang lelaki yang menjadi menantu akan tinggal di dalam rumah isterinya. Dia juga diperlukan menukarkan nama keluarganya menjadi nama keluarga isterinya. Ini berlaku dalam peralihan daripada perkahwinan antitesis kepada monogami yang menandakan kemerosotan sistem saka serta pertumbuhan penguasaan sistem baka (iaitu sistem kuasa bapa) di China kuno.

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:51:15 PM

3 Upacara amal perkahwinan tradisional

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.

Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga askara dan enam etiket.

[ 本帖最后由 紫藤璇 于 18-3-2007 09:59 PM 编辑 ]

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:54:40 PM

http://img293.imageshack.us/img293/9245/chinesemarriagevw3.th.jpg
Perarakan perkahwinan tradisonal Cina.

*Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali.

*Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.

*Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.

*Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.

*Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah.

*Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:

*Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.

*Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.

*Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.

*Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.

紫藤璇 发表于 18-3-2007 09:56:53 PM

4 Proses penceraian tradisional

Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:

1.Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618-907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian.

2.Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara, tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar untuk isteri) terhadap pasangan atau klan pasangannya.

3.Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk berkuatkuasa di sisi undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan salah satu daripada tujuh alasan yang berikut:
     1.Isteri tidak bertaat kepada ibubapa mertua. Ini menyebabkan mertua berupaya membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan.
     2.Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki.
     3.Isteri tidak beradab atau berzina.
     4.Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi seorang isteri atau mengambil gundik.
     5.Isteri mempunyai penyakit yang keji.
     6.Isteri suka mengumpat.
     7.Isteri mencuri.
Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan keluarganya. Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian satu pihak tidak dibenarkan:

1.Isteri tidak ada keluarga untuk pulang.
2.Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua.
3.Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya.

Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang dikuatkuasakan sejak dari masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan Republik China pada tahun 1930.

[ 本帖最后由 紫藤璇 于 18-3-2007 09:58 PM 编辑 ]

紫藤璇 发表于 18-3-2007 10:00:42 PM

5 Poligami

Bahagian ini membincangan aspek-aspek sosial dan undang-undang poligami, khususnya poligini (seorang lelaki dengan banyak perempuan) dalam masyarakat Cina tradisional. Kebudayaan tradisional tidak melarang atau menggalakkan poligini dengan tersurat, kecuali sebagai cara untuk memperoleh anak-anak lelaki.

Amalan poligini dalam masyarakat Cina tradisional hanya terhad kepada bilangan perempuan yang boleh didapat, serta keupayaan seseorang lelaki untuk menyara mereka. Oleh itu, poligini pada dasarnya terhad kepada golongan atasan dan kelas menengah manakala di kalangan mereka yang lain, monogami bolehlah dianggap sebagai norma. Rekod-rekod sejarah tertulis mungkin berat sebelah tentang kejadian poligami yang sebenar, kerana golongan elit bolehlah dianggap sebagai lebih ditonjolkan dalam rekod-rekod tersebut

紫藤璇 发表于 18-3-2007 10:01:54 PM

5.2 Perkahwinan ganti tikar

Perkahwinan sororat atau perkahwinan ganti tikar ialah adat resam yang mana seseorang lelaki berkahwin dengan kakak atau adik isterinya. Istilah ini kemudian diperluas untuk merangkumi saudara-saudara sepupu atau perempuan-perempuan daripada klan yang sama.

Perkahwinan ganti tikar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik pada waktu yang sama dengan perkahwinan isteri pertama, atau semasa isterinya masih hidup, ataupun juga selepas isterinya telah meninggal dunia. Amalan ini amat biasa semasa Dinasti Zhou di kalangan orang bangsawan, dengan amalan ini juga berlaku pada zaman-zaman yang kemudian

5.3Isteri berbilang dengan status sama

Maharaja-maharaja bagi sesetengah dinasti yang agak kecil diketahui mempunyai banyak maharani. Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku dalam keadaan-keadaan yang khas. Umpamanya semasa perang, sepasangan suami isteri mungkin berpisah dan suami itu salah menganggap bahawa isterinya telah meninggal dunia. Dia berkahwin semula dan kemudian mendapati bahawa isteri pertamanya masih hidup. Mereka disatukan semula dan kedua-dua isterinya diakui.

Maharaja Qianlong daripada Dinasti Qing mula membenarkan poligami yang bertujuan khusus untuk melahirkan pewaris bagi lagi satu cabang keluarga. Dikenali sebagai "pewarisan berbilang", jika seorang lelaki merupakan anak tunggal, dan bapa saudaranya tidak mempunyai anak lelaki, jadi dengan persetujuan bersama, dia boleh mengahwini lagi seorang isteri. Anak lelaki daripada perkahwinan ini akan menjadi cucu dan pewaris kepada bapa saudaranya. Proses ini boleh diulangi untuk bapa-bapa saudara yang lain.

Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat meneruskan nama keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema yang ditimbulkan oleh Maharaja Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja mengharamkan sebarang bentuk pewarisan bukan nasab bapa, tetapi masih hendak mengekalkan hubungan kekeluargaan Cina yang wajar. Oleh itu, sepasangan suami isteri tidah boleh mengambil anak angkat daripada keluarga luasnya. Mereka harus mengambil anak angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang sebagai memberi kekayaan kepada "orang luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi tidak mempunyai sebarang pewaris. Perkahwinan-perkahwinan pewarisan berbilang memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki.

紫藤璇 发表于 18-3-2007 10:02:55 PM

5.4 Sekedudukan

Perempuan-perempuan yang menjadi gundik diperlakukan sebagai orang yang berkedudukan rendah dan dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika ada) lelaki yang berkenaan. Perkahwinan perempuan-perempuan itu tidak dilakukan dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam hubungan, dan boleh diceraikan dengan sewenang-wenangnya. Pada umumnya, mereka datang daripada status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai abdi. Perempuan-perempuan yang lari bersama kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi memerlukan penyertaan ibu bapa mereka.

Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal, dengan maharaja hampir selalu boleh mempunyai banyak gundik.

Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua isteri utama". Secara tradisi, seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya, isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka. Seorang lelaki yang menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh "berkahwin" dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang berasingan dengannya. Disebabkan oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun perkahwinannya tidak diakui di sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik.

Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada baru-baru ini di tanah besar China. Sejak pembukaan sempadan China pada dekad 1970-an, ahli-ahli perniagaan dari Hong Kong dan Taiwan telah mengahwini "isteri-isteri sekunder" di tanah besar. Sejak dari masa itu, amalan ini juga mempengaruhi orang-orang kaya tempatan

5.5Poliandri
Poliandri ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Tidak ada hal macam ini, ini hanya idaman isterinya yang ingin mempunyai suami lain kerana mereka mungkin berkahwin secara tidak bersuka rela dan mungkin sekali juga ternampak lelaki lain yang lebih kaya atau kacak. Pada zaman dahulu, perempuan yang telah masuk ke rumah suaminya sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dan perlu patuh pada undang-undang rumah dan patuh pada suaminya. Pada zaman kini, mungkin sekali ada isteri yang ada lelaki lain yang dipanggil tetapi tidak berkahwin dan dengan itu tidak mungkin mempunyai banyak suami.

大炮王 发表于 21-3-2007 01:29:36 PM

谢谢了
帮了这样大的忙...

微微 发表于 24-3-2007 05:33:53 PM

没有礼俗的吗?我找到的也是楼主找到的
不是要结婚礼俗吗?

Calvinzidane 发表于 25-3-2007 06:14:05 PM

谢谢你,对我十分的有用,真的很谢谢你,谢谢!!!!!!!!!!!!!!!:) :handshake
页: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
查看完整版本: 关于PMR历史加分folio-adat perkahwinan orang cina的资料

网络商店系统出售!请您点击查看详情~~